Saya Dan Yuna Masih Bersama – Qi Qushairy | Hubungan cinta Yuna Zarai dan Qi Qushairy sudah lama menjadi persoalan. Dek kerana kedua-dua mereka sibuk dengan urusan dan tugas masing-masing, ianya tidak menjadi masalah langsung untuk mereka meneruskan perhubungan yang sedia terjalin. Namun mungkin pandangan orang ramai yang melihat mereka langsung tidak berkesempatan untuk berjumpa atau sebagainya yang menimbulkan tanda tanya samada sudah berpisah atau masih bersama.

Pelakon dan pengacara, Qi Qushairy ada menjelaskan mengenai status hubungannya dan Yuna dalam portal hiburan online. Dia yang baru sahaja pulang dari Argentina awal bulan ini, ada menceritakan tentang perjalanan hubungan cintanya dengan penyanyi popular, Yuna. Ujar Qi;

“Hubungan kami masih sama seperti dulu cuma saya mengakui kini kami jarang berhubung memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Dia tengah mencipta nama di Amerika sementara saya pula sedang sibuk dalam proses mengarahkan sebuah drama yang berbentuk komedi tidak lama lagi.

“Namun, pada bulan ini kami berdua sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama. Jika tidak, empat atau lima bulan sekali baru boleh berjumpa,” seloroh Qi yang mengakui jika merindui Yuna, mereka akan Skype bersama-sama.

p/s : cinta jarak jauh tidak salah kan. ok la sama-sama membina kerjaya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.