Saya Masih Seperti Dulu – Nadiya Nisa | Kalau sebelum ini cuma beberapa kerat sahaja yang mengenali Nadiya Nisa. Sedangkan dia sudah lama berada dalam industri hiburan iaitu sejak 2003 lagi. Boleh dikatakan nama beliau agak jarang keluar didada akhbar, media hiburan, blog, laman sosial dan sebagainya. Namun sejak diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (menerusi filem Cun) pada Anugerah Skrin 2011, Nadiya Nisa sudah mencetuskan fenomena baru dalam kariernya.

Nadiya yang memegang watak Manis dalam filem berkenaan mampu menghidupkan jalan Cun yang turut dibintangi oleh Remy Ishak dan Maya Karin. Kemenangan itu turut membuka mata banyak pihak mengenai bakat lakonannya sehinggalah beliau dipilih untuk membawa watak utama drama adaptasi, Adam & Hawa yang semakin meletup dan memiliki peminat yang ramai.

nadiya nisa dan anak omar

Walaupun semakin popular, Nadiya tetap menganggap populariti tidak akan mengubah kehidupannya yang sederhana.

“Saya masih Nadiya yang dulu, mementingkan masa bersama keluarga dan sentiasa memastikan kelengkapan anak dan suami. Walaupun semakin sibuk dengan jadual yang padat, namun saya tidak betah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai ibu serta isteri, dan menyerahkannya kepada pembantu rumah. Bagi saya, pembantu rumah hanya menguruskan rumah dan menjaga anak ketika saya bekerja. Bila saya pulang, anak berada bersama saya. Saya lebih selesa begitu,” katanya dalam laporan Sinar Harian.

Nadiya bakal muncul dengan telemovie, XOXO dan filem terbitan Filmscape yang bakal menjalani penggambaran pada awal tahun depan dan kini beliau juga sedang menjalani penggambaran drama 26 episod, Cinta Jangan Pergi, terbitan Filmscape.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.