Begitu banyak kontroversi yang melanda Sharifah Sakinah. Kontroversi hasil dari apa yang ‘sengaja’ beliau lakukan. Adakah Sakinah kemaruk mencari perhatian? Atau dia sememangnya sukakan publisiti murahan? Jika benar Sharifah Sakinah mahukan publisiti, cara yang beliau lakukan itu ada juga yang mendatangkan hasil. Namanya kini memang sering jadi bualan peminat hiburan.

Memetik laporan Kosmo!, Sharifah Sakinah akui dirinya tidak popular menyebabkan dia memuat naik video ke laman sosial Keek dengan sangkaan tiada siapa yang akan peduli. Bagaimanapun, jangkaannya meleset. Klip video pertama yang ada menyebut tentang warna pakaian dalam yang dipakainya dikritik ramai. Video seterusnya yang dimuat naik juga mendapat reaksi yang sama. Ada yang menganggap Sakinah tidak peka kerana video itu dikatakan berunsur lucah tetapi ada juga yang menyukainya kerana menganggapnya sebagai lawak dan hiburan semata-mata.

sharifah sakinah

“Bagi saya, memuat naik video yang gila-gila ke dalam Keek merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Itulah diri saya. Tetapi reaksi yang luar biasa daripada orang ramai membuatkan saya terkejut. Saya ingatkan tiada siapa yang ambil peduli tentang saya sebab itulah saya berani buat video yang sebegitu. Bila video itu keluar, banyak pula komen negatif mengenai saya. Saya akui memang terkejut dan rasa bersalah pada mulanya tetapi lama-kelamaan saya sudah tidak kisah apa orang ingin kata tentang diri saya,” balasnya.

Walaupun dikritik kurang bijak dan tidak sopan, Sakinah terus memuat naik video sebegitu dengan niat untuk menghiburkan orang yang menontonnya.

“Dalam drama Mimpi Sampai Ke Bintang, saya bawa watak seorang wanita yang kurang cerdik, jadi saya tidak kisah kalau orang nak kata saya bodoh atau gila. Memang saya seorang yang gila-gila dan nakal, sebab itu saya suka kacau orang serta menghiburkan orang di sekeliling. Selagi video itu menghiburkan dan tidak melampaui batas, saya akan terus melakukannya,” jawabnya.

KOMEN ERMA FATIMA‘NASIB BAIK SAYA PERNAH GILA MACAM DIA’ – ERMA FATIMA KOMEN PASAL BAKAL MENANTUNYA, SHARIFAH SAKINAH

Diakui, sejak kontroversi video Sakinah di laman Keek, tiba-tiba sahaja namanya menjadi popular. Malah setiap video yang dimuat naik olehnya pasti ditonton ramai orang. Namun, lain pula pendapat Sakinah yang mengatakan kehidupan dan kerjayanya sama sahaja seperti dahulu.

“Popular ke saya? Saya rasa sama saja, tidak ada perubahan. Mungkin saya popular di laman sosial kerana berjaya menarik perhatian tetapi kerjaya saya masih seperti dulu. Tawaran berlakon masih ada dan saya juga sibuk dengan penggambaran drama. Semuanya masih seperti biasa. Saya bukannya mencari populariti atau perhatian dengan video tersebut. Itu bukan cara saya untuk popular,” luahnya serius.

Dua orang kakaknya yang juga selebriti, Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahira selalu menasihatinya supaya mengawal tindak-tanduknya, tetapi mereka tidak pernah memarahinya hanya disebabkan memuat naik video yang dikritik ramai itu.

“Dua orang kakak saya sangat faham dengan perangai saya. Kak Shira tidak marah, tetapi minta saya supaya mendiamkan diri buat seketika sehingga kontroversi itu reda. Dia tidak pernah menghalang saya daripada memuat naik video yang seterusnya. Pesannya jangan kerap sangat memuat naik video yang terlalu gila-gila sebab nanti orang menyampah,” tuturnya. – Kosmo!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.