Sebelum ini, mereka saling menepis gosip sedang bercinta. Namun akhirnya, salah seorang daripada mereka mengakui bahawa hubungan mereka kini sudah semakin serius. Memetik laporan sebuah portal berita, Qi Razali akhirnya membuat pengakuan secara sah iaitu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nelydia Senrose.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama.

“Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya. Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang,” katanya kepada mStar Online.

qi razali dan nelydia senrose

Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing. Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu. Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi,” jelasnya selain mengakui sudah beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.