Saya Dan Hans Isaac Hanya Kawan Rapat – Neelofa | Sebelum ini, kecoh seketika industri seni apabila Hans Isaac mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan aktres, Neelofa. Kemudian aktor berkenaan pula menafikan menjalinkan cinta dengan Neelofa. Serius tapi bukan bercinta? Pening. Apapun kita baca pula keterangan Neelofa sendiri pula bagaimana.

Neelofa menegaskan, ada perkara yang kurang tepat mengenai perkara itu (cerita yang disebarkan). Namun, Neelofa, 23, mengakui penerbit berusia 41 tahun itu adalah antara kawan rapatnya kini.

“Isu ini sudah dimainkan sejak setahun lalu, ketika kami mula terlibat dengan pembikinan Lemak Kampung Santan. Lofa bukanlah nak menafikan atau menidakkan tentang persahabatan kami. Tapi sememangnya sejak awal lagi kami hanya berkawan. Namun ada kala masanya, Lofa perlu simpan sedikit kisah peribadi Lofa. Tapi jika sudah betul-betul pasti ke satu tahap yang lain, Lofa akan dedahkan kepada peminat. Lofa tidak akan berahsia,” ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Neelofa menjelaskan, dia bukan terpaksa memilih untuk merahsiakan hubungannya dengan Hans kerana isu agama, sebaliknya tidak mahu ada salah faham lain yang akan timbul kelak.

“Ia bukan melibatkan isu agama atau keluarga semata-mata, tapi Lofa sebagai ‘public figure’, orang akan perhatikan tindak tanduk Lofa. Untuk Lofa keluarkan apa-apa kenyataan, ia perlu difikirkan betul-betul. Sebab kadangkala ada isu yang kecil, tapi kesannya besar. Jadi buat masa sekarang, Lofa mahu simpan sedikit hal personal Lofa dan jika sudah tiba masanya, Lofa akan beritahu,” katanya menjelaskan keadaan sebenar.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.