Saya Rasa Seperti Nak Berbogel Kerana Tidak Tahan Gatal – Sharbinee Allawee | Ini pula luahan Sharbinee Allawee, penjaga gol Terengganu yang rebah dan pengsan di padang semasa perlawanan Terengganu lawan ATM yang lepas. Menurut Sharbinee, beliau pada masa berkenaan tidak tahan dengan rasa gatal diseluruh badannya.

“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin menerusi portal berita Harian Metro.

Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar. Mohd Sharbinee juga berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.

Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, beliau dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang dialaminya itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat. Pengurusan skuad Terengganu juga mengesahkan perkara berkenaan dan menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan Sharbinee mungkin terkena ‘buatan orang’ atau sebagainya.

Sebelum perlawanan, Sharbinee dikatakan memakan udang dan ianya mungkin menjadi punca kepada keracunan makanannya itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.