Saya Sibuk Kerja Bukan Ke Disko – Tasha Shila | Nama Tasha Shila terus gah di persada hiburan negara apatah lagi setelah dia dinobatkan pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat dalam Anugerah Blockbuster 2011. Kejayaan berkenaan sudah tentu semakin menyemarakkan semangat aktres ini untuk terus membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai pelakon berkaliber.

Walau bagaimanapun, populariti yang dikecapinya sudah tentu akan diiringi pelbagai kontroversi. Bagaimanapun kata Tasha, dia malas nak layan gosip-gosip berkenaan. Baginya, lebih baik dia fokus pada kerjaya dan bukan melayan gosip remeh sebegitu.

Terbaru Tasha Shila telah digosipkan menyertai sebuah parti yang dikatakan turut disertai seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk J, iaitu lelaki yang sama digosip menaja kereta BMW Tasha sebelum ini. Gosip itu turut menyebut Tasha dikatakan sedang bergembira di situ selepas berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bersama Datuk J.

Bagaimanapun Tasha Shila ada memberi penjelasan berkenaan gosip berkenaan dalam laporan Kosmo Online.

“Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari sya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

“Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.” Jelas Tasha Shila mengenai perkembangan terkini beliau selain menepis gosip berkenaan yang dianggapnya sengaja mahu menjejaskan karier seninya.

Penjelasan Tasha Shila mengenai hubungan dengan Datuk J dan pesanannya kepada mereka yang menyebarkan gosip berkenaan.

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan. Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.