Saya Teringin Karya Ciptaan Yuna – Dato’ Siti Nurhaliza | Dalam sebuah persembahan amal yang diadakan di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, Dato’ Siti Nurhaliza telah mendendangkan beberapa buah lagu daripada koleksi albumnya. Beliau juga ada menyanyikan dua buah lagu pilihan berjudul ‘Terukir Di Bintang’ dan ‘Skyfall.’ Menurut Dato’ Siti, dia memilih untuk menyanyikan lagu Yuna dan Adele kerana beliau amat meminati lagu tersebut dan menyifatkan kedua-duanya mempunyai karisma tersendiri.

“Siti rasa Adele dan Yuna mempunyai karisma masing-masing. Siti memang suka lagu ‘Skyfall’ tambahan pula lagu ini menjadi lagu tema untuk filem James Bond yang digemari ramai. Lagu ‘Terukir Di Bintang’ ini pula mempunyai melodi dan lagu yang romantik macam lagu dulu-dulu” ujarnya dalam laporan ohbulan.com.

Siti turut berkongsi mengenai pengalaman sulungnya membawa lagu berentak jazz dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Yuna dalam album terbaru yang akan datang.

“Ini pertama kali saya membuat persembahan dalam muzik jazz, jadi saya rasa teruja dan sangat berpuas hati dengan persembahan malam ini. Siti memang meminati dan teringin untuk mendapatkan hasil karya Yuna menerusi lirik dan lagu ciptaan Yuna sendiri. Saya pernah mengutarakan isi hati saya kepada Yuna dan sampai sekarang masih menunggu hasilnya. Saya berharap Yuna dapat merialisasikan impian saya,” ujarnya lagi.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.