Prinsip Farid Kamil Tidak Mahu Berlakon Bersama Kekasih | Farid Kamil sebelum ini pernah mengeluarkan janji yang dia tidak akan berlakon dengan kekasihnya, Diana Danielle dalam mana-mana produksi untuk mengelak kisah cintanya dieksploitasikan banyak pihak terutama media sebagai sumber publisiti. Namun begitu, Farid Kamil berkata, baru-baru ini dia terpaksa melanggar prinsipnya itu dalam Hantu Gangster kerana tidak mengetahui kekasihnya itu turut bersama berlakon dalam filem Hantu Gangster arahan Namewee itu.

“Sebelum ini memang saya pernah beritahu yang kami tidak akan berlakon bersama seandainya ada pihak yang mahu menggandingkan kami. Ini kerana saya tidak mahu hubungan cinta kami dieskploitasikan semata-mata untuk mengaut keuntungan bagi pihak tertentu.

“Namun ketika menerima tawaran berlakon untuk produksi filem Hantu Gangster, saya sendiri tidak tahu dan tidak diberitahu bahawa Diana Danielle juga turut berlakon bersama. Selepas saya dan Diana bersetuju untuk berlakon, barulah kami dapat tahu kami akan berkerjasama. Namun , saya tidak punya masalah berlakon di samping Diana, malah selesa berganding bersamanya,” katanya dalam sebuah portal hiburan terkenal.

Sungguh pun begitu, hero filem Semerah Cinta Stilleto itu berkata, dia yakin pihak produksi filem tersebut iaitu, Prodigee Media Sdn Bhd tidak bermaksud untuk mengeksploitasikan kisah cinta mereka sebagai publisiti terhadap filem Hantu Gangster.

“Saya diberitahu pihak produksi, mereka sendiri tidak tahu kami bercinta ketika mula menawarkan filem ini kepada saya dan Diana. Ianya hanyalah secara kebetulan dan saya tidak rasa mereka sengaja mahu mencari publisiti dari kisah cinta kami untuk filem mereka,” tambahnya lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.