Saya Tidak Pernah Menguratnya (Rita Rudaini) Dulu Dan Sekarang – Fauzi Nawawi | Masih ada tanggapan negatif terhadap Fauzi Nawawi berhubung kenyataan Rita Rudaini yang sebelum ini memberi amaran agar Fauzi tidak berada dilokasi sekiranya Rita dan Lisdawati berlakon bersama. Ada yang beranggapan mungkin ada ‘sejarah’ antara mereka.

Namun Fauzi Nawawi pantas menafikan anggapan berkenaan dan dia juga ternyata dia enggan memanaskan lagi keadaan. Sebagai individu yang tiada kaitan dengan isu lama membabitkan pergaduhan antara Rita dan Lisdawati kira-kira tujuh tahun lalu, Fauzi sendiri tertanya-tanya masalah sebenar wanita berkenaan hingga memberi peringatan seumpama itu.

fauzi nawawi dan rita rudaini

“Biarlah dia dengan segala macam peringatan dan kenyataan. Masyarakat boleh menilai siapa profesional atau tidak. Kalau diminta berlakon dengannya, saya tiada masalah pun sebab saya tidak pernah cuba menguratnya, dulu atau sekarang. Kalau ada yang mendakwa kami pernah bercinta atau menjalin cinta tiga segi sebelum saya dan Lis berkahwin, cerita itu juga tidak benar. Jadi saya tak tahu apa masalahnya? Kalau ikutkan, selepas pergaduhan mereka dulu, saya berkahwin dengan Lis dan kami terus bahagia sampai sekarang. Bukanlah saya mahu membandingkan rumah tangga kami dengan situasi yang dialaminya kini, tetapi cukup-cukuplah… Saya harap Rita faham maksud saya,” katanya penuh bermakna dalam BH Online semalam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.