Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Kecewa Isu ‘Curi Pakaian’ Belum Selesai | Pada Oktober tahun lalu dunia hiburan dikejutkan dengan gosip pasangan suami-isteri, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dituduh mencuri pakaian di sebuah gedung pakaian terkenal. Namun pihak berkenaan dikatakan telah menuduh tanpa bukti kukuh dan menjatuhkan reputasi Scha dan Awal semata.

Oleh itu, Scha Al-Yahya dan suaminya, Awal Ashaari, masih terasa kesannya sehingga ke hari ini terhadap tuduhan berkenaan. Tuduhan tidak berasas itu cukup dirasakan oleh Scha apabila dia mengaku kecewa dengan penganjur yang seolah-olah lepas tangan apabila isu itu tersebar.

“Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar. Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian. Saya cuba juga meminta jika ada salinan CCTV yang menunjukkan kami melakukan tindakan salah laku itu sebagai bukti, tapi permintaan kami gagal ditunaikan,” ujar Scha dalam satu siaran akhbar BH Online.

awal ashaari dan scha al-yahya

Ditanya apakah tuduhan nakal itu menjejaskan kerjaya seninya terutama membabitkan pandangan khalayak terhadapnya, Scha mengakui ia memberi sedikit tempias. Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi. Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri, tegasnya.

p/s : kalau benar tak bersalah saman jer mereka tu, main tuduh jer…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.