Scha Al-Yahya Dipilih Duta Avon Baru, Fazura Nafi Kecil Hati | Scha Al-Yahya telah dipilih menggantikan tempat Fazura sebagai duta bagi produk kosmetik Avon yang baru. Ianya sekaligus menamatkan ‘jodoh’ Fazura yang telah 2 tahun bersama Avon.

Namun begitu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 29, redha dengan pemergiannya sebagai jurucakap jenama terkenal berkenaan. Beliau langsung tidak berkecil hati dengan pemilihan Scha Al-Yahya menggantikan tempatnya, bertepatan sekali dengan populariti yang dimiliki isteri kepada Awal Ashaari itu.

“Saya melihat perkara ini sebagai lumrah atau perkara normal. Jauh sekali untuk saya berkecil hati atau memandang ia dari sudut negatif. Satu perkara biasa buat saya. Bagi saya Scha Al-Yahya adalah seorang aktres yang jelita dan popular. Malah dia juga mempunyai produk yang kuat di belakangnya seperti drama dan filem. Sebaliknya, saya jarang ada produk sepertinya,” katanya dalam portal murai.com.my.

Tambah duta kepada produk Lux dan Nutox itu, dia percaya pihak Avon mempunyai kriteria dan perancangan mereka sendiri untuk membawa penjenamaan produk itu ke tahap yang lebih luas serta lebih dekat dengan masyarakat. Katanya, sebagai selebriti dia perlu bijak membuat pilihan yang tidak hanya tertumpu kepada satu jenama sahaja dalam satu tempoh yang lama bagi memastikan penjenamaan dirinya terus kekal di hati penggemarnya.

“Terus terang, saya memiliki perancangan saya sendiri. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang saya akan tampil dengan wangian saya sendiri. Bila dan apakah nama wangian itu, biarlah ianya menjadi kejutan. Ini kerana saya tidak suka mencanang sesuatu perkara terlalu awal. Takut pula nanti perkara yang dirancang tidak akan menjadi. Saya juga yang akan malu nanti,” jelas Fazura yang tidak pernah lekang dengan senyuman.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.