Sedang Jalinkan Hubungan Istimewa Namun Belum Bersedia Kahwin – Hafiz Suip | Nampaknya Hafiz masih merahsiakan identiti teman istimewanya. Sejak putus cinta, Hafiz dilihat lebih berhati-hati untuk membicarakan mengenai soal kekasih. Menerusi laporan sebuah portal berita online, Hafiz Suip akui sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Jelasnya lagi, Hafiz menganggap dia masih belum yakin mampu membina sebuah keluarga biarpun sudah hampir empat tahun berada dalam industri hiburan. Ibu bapa Hafiz juga berharap agar anaknya melakar kejayaan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perhubungan yang lebih serius.

hafiz suip

“Memang saya sudah mempunyai teman istimewa, tetapi saya tidak mahu membabitkan dirinya kerana menghormati kehendaknya. Belum masa untuk saya mendedahkan siapa dirinya kerana dia masih belajar. Jadi saya tidak mahu mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran. Emak saya kata, kita perlu jaga diri sendiri dulu sebelum jaga orang lain, saya sendiri belum mampu untuk jaga diri saya. Insyaallah saya akan mendirikan rumah tangga jika saya rasa semuanya sudah stabil dan diri saya sedia memikul tanggungjawab itu,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai wanita istimewa tersebut, Hafiz berkata dia masih lagi mengenali hati budi wanita yang masih bergelar pelajar itu.

“Dia orang biasa sahaja dan masih lagi belajar,” katanya ringkas.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.