Sebagaimana yang kita maklum, kini 81 skim perkhidmatan awam akan melalui proses penambahbaikan. Ia membabitkan 613,743 penjawat awam dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun. Pada awalnya beberapa sumber memberitahu, surat tawaran opsyen berkenaan akan keluar pada pertengahan November. Namun sehingga kini masih belum ada ‘khabar berita’. Sudah tentu ia menjadi tanda tanya dikalangan mereka yang terlibat…

BACA JUGA – 81,000 PENJAWAT AWAM TERIMA SURAT OPSYEN BULAN INI – KPPA
BACA JUGASENARAI 27 PEKELILING PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM
BACA JUGA – PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 36/2013 – JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM
BACA JUGA – JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)

Bagaimanapun berdasarkan sumber berita, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihaknya sudah memberi taklimat berasingan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia kementerian, agensi persekutuan dan negeri, CUEPACS serta kesatuan penjawat awam mulai 22 Oktober 2013 lalu.

ketua setiusaha negara (ksn) tan sri ali hamsa

Oleh itu, beliau minta agar setiap Ketua Jabatan segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Menurut Tan Sri Dr Ali Hamsa lagi, tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat atau pekeliling dikeluarkan.

“Ketua Jabatan diminta segera melaksanakan urusan penawaran opsyen pertukaran pelantikan kepada pegawai terbabit. Tempoh tawaran opsyen adalah 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan. Bagi perkhidmatan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, ia tertakluk kepada 30 hari daripada tarikh pekeliling perkhidmatan dikeluarkan,” kata Tan Sri Dr Ali Hamsa dipetik BH Online.

p/s: Kepada mereka yang terlibat dengan penambahbaikan skim ini, mohon bersabar.. Insya Allah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.