Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan. 

‘Serpihan itu sebenarnya seikat kayu’

Jelas beliau, objek yang pada mulanya disangka ekor kapal terbang yang dikesan di Laut China Selatan oleh beberapa pesawat yang terlibat didapati merupakan beberapa batang kayu yang diikat untuk membentuk sebuah pontun oleh kapal yang dikerah ke tempat berkenaan. Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan pesawat berkenaan dijumpai mana-mana agensi yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, walaupun terdapat khabar angin bahawa bahagian pesawat terbabit dilihat terapung di Laut China Selatan.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan beberapa tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan bukan minyak yang digunakan oleh pesawat MH370. Ketua Penguatkuasaan APMM Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam sebaliknya berkata, minyak itu digunakan oleh tongkang, bukannya pesawat udara. Katanya, ia berdasarkan hasil ujian yang dibuat Jabatan Kimia di Petaling Jaya yang diterima kira-kira jam 5 petang tadi.

OPERASI MH370

Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi. Sehingga kini kehilangan pesawat berkenaan masih menjadi misteri. Diharapkan pihak berkuasa tidak berputus asa menjalankan usaha mencari dan menyelamat. Selain itu, sama-sama kita doakan agar mereka yang terlibat selamat. Insya ALLAH.

Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.