Ini merupakan khabar terbaru berkenaan penutupan sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak. Berdasarkan laporan terkini, semua sekolah di daerah berkenaan ditutup pada Rabu (26 Jun 2013) ekoran fenomena jerebu. Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250.

Penutupan itu melibatkan 132 sekolah di daerah Petaling Perdana yang meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Seri Kembangan dan Puchong. Sementara itu, bagi daerah Klang, kira-kira 133 sekolah ditutup melibatkan kawasan Banting, Pelabuhan Klang dan Kapar. Di Manjung pula membabitkan 102 sekolah.

sekolah di klang petaling selatan dan manjung tutup

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian. Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.