SELANGOR MAHU PIKAT BONAI DAN WANGGAI? | SKUAD SELANGOR 2012 | Kehebatan dua tonggak Indonesia, Titus Bonai dan Patrich Wanggai sememangnya mencuri tumpuan ramai pihak ketika temasya Sukan SEA baru-baru ini. Malah, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin juga mengakui pada awalnya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menyarung jersi Gergasi Merah musim depan.

Menurut beliau, aksi bertenaga kedua-dua pemain kelahiran Papua itu terutamanya ketika membelasah Kemboja 6-0 pada aksi pertama pasukan itu jelas menarik minatnya untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka menjadi pemain import selepas mengikat tonggak Lubnan, Ramez Dayoub sebelum ini. Malah, Hamidin juga telah berjumpa keluarga kedua-dua pemain itu dan memberitahu hasratnya yang mahu memikat mereka bagi memperkasakan Merah Kuning.

“Begitupun, hasrat itu akhirnya dibatalkan apabila saya melihat mereka tidaklah sehebat mana sebenarnya. Malah, ketika menentang kita dalam aksi final, kelibat kedua-dua mereka juga dilihat tenggelam dan kurang menyinar, jadi saya rasa masih belum tiba masanya buat kedua-dua pemain itu beraksi buat Selangor,” katanya.

Ketika mengulas sama ada seorang lagi pemain import Selangor ialah bekas penyerang Chelsea, Mateja Kezman, Hamidin begitupun enggan mengesahkan perkara itu, sebaliknya cuma membayangkan pemain itu mungkin berasal dari benua Afrika.

Petikan : Kosmo! Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.