“Selepas Bertudung Jiwa Rasa Lebih Tenang” – Alyah | Semalam kita dihebahkan dengan kisah penyanyi Alyah kini sudah bertudung. Namun info semalam belum pasti kebenarannya. Apapun hari ini, Alyah akui dia kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada menggerjakan Umrah.

Menurut Alyah dalam laporan gua.com.my, keputusan ini dibuat selepas dia melalui pengalaman yang cukup menarik ketika berada di Tanah Suci Mekah. Alyah kedengaran sangat gembira dengan perubahannya itu.

“Sebenarnya saya sudah biasa mengenakan tudung. Cuma saya tidak memakainya secara kekal. Sebelum ini saya tidak terfikir untuk memakai tudung kerana saya memikirkan kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya bimbang kalau saya bertudung ia akan membataskan kerjaya saya. Namun, ketika saya mengerjakan Umrah baru-baru ini saya melalui satu pengalaman yang cukup menarik. Ia membuatkan pintu hati saya terbuka untuk memakai tudung secara kekal. Saya yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri saya,” ujar Alyah.

gambar alyah bertudung

“Dengan penampilan terbaru ini, mungkin ada orang yang boleh terima, ada yang tidak. Saya tidak kisah dengan penerimaan orang lain. Saya buat kerana Allah. Bukan kerana permintaan orang lain. Apa yang saya dapat pada hari ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Paling penting, selepas bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Saya juga sudah sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.”

“Saya tetap akan teruskan kerjaya seperti biasa. Selagi ada pihak yang mengundang saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Terus-terang saya katakan, saya tidak anggap pemakaian tudung ini akan membataskan kerja saya. Seandainya tawaran menyanyi semakin berkurangan selepas ini, saya redha dan berserah. Mungkin sudah sampai masa yang fokus pada bidang perniagaan pula,” ulas Alyah dalam laporan berkenaan.

Sementara itu, Alyah turut memaklumkan bahawa kulit muka hadapan album terbarunya nanti masih menampilkan imej lamanya. Ini kerana pembikinan kulit muka hadapan itu sudah lama disiapkan iaitu pada Januari lalu.

“Untuk album terbaru nanti, saya akan muncul dengan imej lama. Ini kerana fotografi untuk kulit muka hadapan album itu sudah lama siap iaitu awal Januari lalu. Saya tidak akan buat fotografi lain kerana album ini sudah agak terlewat untuk dilancarkan. Jika ikut perancangan sepatutnya ia dilancarkan pada Februari atau Mac lalu. Bagaimanapun, untuk video muzik single ‘Permata’ yang menampilkan saya bersama Band Idola Kecil nanti, saya akan tampil dengan imej bertudung. Single ini akan menjadi lagu permulaan kepada imej terbaru saya,” ujar Alyah.

p/s: Album lama kisah lama, yang penting Alyah sudah berubah. InsyaAllah, ramai akan menyokong perjuangan Alyah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.