Selepas Maxis kini giliran TM Unifi pula jadi sasaran kritikan netizen! Kalau sebelum ini, Maxis jadi sasaran kritikan dan kecaman daripada pengguna ekoran masih menawarkan pakej internet yang terlalu rendah namun dengan yuran langganan yang terlalu tinggi berbanding beberapa syarikat telekomunikasi yang lain.

Selain daripada itu, ramai pengguna keliru dan bengang dengan caj tersembunyi yang dikenakan oleh Maxis mahupun perkhidmatan prepaid mereka Hotlink.

SELEPAS MAXIS KINI GILIRAN TM UNIFI PULA JADI SASARAN KRITIKAN NETIZEN 1

Beberapa hari lepas, nampaknya kecaman dan kritikan daripada pelanggan mereka sudah memberi kesan kepada Maxis. Kesan yang sudah tentu memudaratkan reputasi mereka.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau pihak Maxis akhirnya meningkatkan jumlah kuota langganan data kepada pelanggan mereka demi mengelakkan lebih ramai bertindak untuk pindah ke telco lain.

Terbaru, nampaknya pengguna TM Unifi pula mahu memberi tekanan yang sama kepada syarikat itu. Menerusi perkongsian di Facebook, semakin ramai sudah mula menyebarkan Kempen Post Promo TIME di Page TM.

Berikut adalah petikan kenyataan usul berkenaan:

USUL FB: Kempen post promo TIME (screenshot di bawah) di page TM (everyone connects)
Tempoh: Selama boleh atau sehingga TM lancar pelan internet setara TIME
Penglibatan: Semua dijemput termasuk staf TM
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa usul di atas yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut ST.1/2016 disahkan. Seperti yang tertera di dalam Aturan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 2, hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju kata “Bersetuju”, yang tidak bersetuju kata “Tidak Bersetuju”
[Usul dikemukakan bagi diputuskan dan dipersetujukan]

Berdasarkan kepada perbandingan harga antara yuran langganan TM Unifi dan TIME Fiber, ternyata terdapat perbezaan yang sangat ketara antara dua syarikat berkenaan.

Berdasarkan kepada harga langganan yang paling rendah, TM Unifi menawarkan pakej 5mbps dengan harga RM149 sedangkan TIME Fiber pula menawarkan harga yang sama namun dengan kelajuan 100mbps.

 SELEPAS MAXIS KINI GILIRAN TM UNIFI PULA JADI SASARAN KRITIKAN NETIZEN 2SELEPAS MAXIS KINI GILIRAN TM UNIFI PULA JADI SASARAN KRITIKAN NETIZEN 3Perbandingan Harga TM Unifi, TIME Fibre, MaxisOne dan Celcom Home Broadband [SoyaCincau]

Adakah usaha mereka akan berjaya? Adakah kempen ini akan beri kesan kepada TM Unifi? Sama-sama kita nantikan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.