Selesa Tanpa Kekasih – Siti Saleha | Siti Saleha akui dia lebih selesa tanpa seorang lelaki bergelar kekasih. Dia langsung tidak risaukan status solonya itu malah turut menggambarkan dirinya seorang yang berdikari sejak kecil, kerana itu dia lebih selesa dengan statusnya kini.

Tanpa kekasih, Siti Saleha juga mengakui senang dengan kehidupannya yang tidak perlu pening kepala memikirkan untuk mencari teman lelaki dalam masa terdekat ini.

“Rasanya saya boleh hidup tanpa kehadiran seseorang lelaki kerana saya bukan jenis yang terlalu bergantung kepada mereka. Malah saya sebenarnya seorang yang sangat berdikari dalam banyak perkara,” jelasnya dalam portal mStar Online.

siti_saleha

Namun kenyataan tersebut bukan bererti dia membenci golongan lelaki sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat. Jelas Saleha, sebelum ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki namun hubungan itu tidak berakhir ke alam percintaan.

“Kerjaya merupakan tumpuan saya ketika ini dan rasanya soal cinta itu boleh tunggu. Tambahan pula, tiada lelaki yang mahukan saya, sebab itu saya masih solo,” ujarnya berjenaka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.