Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA Sesi Akademik 2013/2014 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Ijazah Pertama) | Seramai 41,573 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014. Pihak IPTA diberitakan akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai Jumaat.

Semakan Online Keputusan IPTA (Ijazah Pertama) Sesi 2013/2014:

SEMAKAN UPU ONLINE

Semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dibuat melalui laman web bermula Khamis ini menerusi link yang ammboi sediakan dibawah atau menghubungi talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766:

  1. http://upu.mohe.gov.my
  2. http://www.jpt.utm.my
  3. http://jpt.uum.edu.my atau http://jpt.uum.edu.my/webjpt/keputusankeipta
  4. https://jpt.unimas.my atau https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan
  5. http://jpt.ums.edu.my atau http://jpt.ums.edu.my/prasiswazah

(Link akan dikemaskini dari masa ke semasa – Sila copy link dan paste di browser anda – Terima kasih)

Semakan SMS Keputusan IPTA (Ijazah Pertama) Sesi 2013/2014:

Anda juga boleh buat semakan ke IPTA menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Surat Tawaran dan Tarikh Pendaftaran:

Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 21 Julai. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui laman web IPTA. Calon juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, JabatanPengajian Tinggi di Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 21 Julai.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari melalui e-Rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my mulai Khamis dan berakhir 21 Julai 12 tengah malam. Katanya, keputusan pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat danrayuan dianggap gagal jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September depan.

Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September.

Tahniah pada calon yang berjaya. Mana-mana yang gagal tu usaha lagi, mungkin ada rezeki anda ditempat lain. Inshaa Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.