Seperti yang kita semua sedia maklum, Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada hari ini, Khamis 14 November 2013. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Selain itu, kepada mereka yang tidak sempat untuk ke sekolah mendapatkan keputusan UPSR 2013, anda juga boleh buat semakan online ataupun semakan sms dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).

Semak Keputusan UPSR 2013 Secara Online:

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR 2013 – Kini anda boleh membuat semakan secara online. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah menyediakan kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

sistem analisis peperiksaan sekolah saps

  • Pergi ke laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  • Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
  • Klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR 2013 Secara SMS:

semakan sms keputusan upsr 2013

Perkhidmatan Semak Keputusan UPSR 2013 Secara SMS (mySMS) ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 November 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November 2013 ini.

  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Sekian, harap maklum dan semoga berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.