e-Pangkat | Semakan Online Kenaikan Pangkat Guru – Kementerian Pelajaran Malaysia | Sebagaimana yang kita semua tahu, tempoh akhir pengemaskinian data PPP dan AKP telah tamat semalam, pada 18 Julai 2012, namun pengesahan oleh Ketua Jabatan perlu dilakukan pada 19 dan 20 Julai 2012. Dengan ini anda sudah tidak boleh mengemaskini data yang ada didalam sistem e-Pangkat lagi.

Selepas daripada tarikh 20 Julai 2012, pengemaskinian masih boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan tetapi bagi PPP dan AKP yang masih belum dikemaskini dan disahkan maklumat mereka oleh Ketua Jabatan selepas daripada tarikh tersebut, Ketua Jabatan akan bertanggungjawab sekiranya PPP dan AKP tidak boleh dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat yang akan disiarkan di laman ePangkat selepas ini.

Sistem Naik Pangkat atau e PANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:

  1. Proses pemangkuan
  2. Menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  3. Kenaikan Pangkat
  4. Penempatan pemangkuan
  5. Pertukaran jawatan
  6. Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Disini juga ammboi sertakan cara-cara untuk membuat Permohonan Online Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) Secara Online. Bagi mereka yang mahu membuat Semakan Online Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) Secara Online pula anda boleh terus ke langkah 2 (Semestinya anda sudah ada ID dan Kata Laluan Pengguna). Jika tidak anda perlu mendaftarkan maklumat ID dan Kata Laluan sebagaimana arahan dibawah.

Langkah 1 :

Langkah 2 :

Selepas siapa daftar barulah anda boleh Log masuk ke laman e-Pangkat.

SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE

Kemudian anda boleh isi maklumat sebagaimana yang diminta.

* Lupa ID atau Kata Laluan atau masalah LOG MASUK :

Emel kepada [email protected] dengan tajuk yang jelas samada Lupa Kata Laluan atau Gagal Mendaftar ID Pengguna beserta maklumat lengkap tuan/puan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan pihak berkenaan membuat tindakan. Harap maklum.

KLIK SINI – – ->> SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE

KLIK SINI —>> SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE – KPM

KLIK SINILAMAN WEB RASMI e-PANGKAT

NOTA : Sistem ePangkat kini dibuka secara berterusan untuk Ketua Jabatan membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat PPP dan AKP lantikan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan (SPP) di bawah Pentadbiran masing-masing. Sebarang masalah mengenai Sistem ePangkat sila kemukakan ke [email protected]

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.