Cara buat semakan senarai hitam blacklist PTPTN! Peminjam yang mempunyai tunggakan PTPTN akan disenarai hitam secara harian. Mereka akan disenarai hitam dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Peminjam juga akan disenarai dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Tindakan berkenaan akan dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Waktu berurusan dengan PTPTN?

Pastikan anda membuat rundingan untuk menjelaskan baki tunggakan pinjaman dengan pihak PTPTN. Untuk makluman anda, rundingan boleh dibuat menerusi panggilan dengan menghubungi 03-2193 3000 atau hubungi Khidmat Pelanggan PTPTN. Anda juga boleh berkunjung ke mana-mana cawangan PTPTN.

Waktu berurusan dengan pihak PTPTN adalah pada hari Isnin – Jumaat pada jam 8.00 AM – 7.00 PM. Manakala pada hari Sabtu – Ahad pada jam 8.00 AM – 5.00 PM.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada saya telah disenarai hitam?

Semakan senarai hitam boleh dilakukan melalui saluran berikut :

  1. Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my
  2. Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam
  3. Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
  4. Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Peringatan! Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.