Semua Lelaki Itu Adalah Kisah Lama dan Hanya Kawan Sahaja – Hanez Suraya | Bila dah kantoi, baru nak mengaku kisah lama la, mengaku itu kisah silam la, tapi kisah lama tetap juga kisah kita. Mengaku salah dan memohon keampunan dariNya. Itulah antara kontroversi baru yang melanda Hanez Suraya, kekasih kepada penyanyi Awie Rafael. Ini kerana tersebarnya gambar lama dia dan beberapa lelaki dalam beberapa medium hiburan.

Hanez Suraya menjelaskan dalam murai.com.my, dia sama sekali tidak terkejut apabila diminta untuk menjelaskan mengenai gambarnya dipeluk ramai lelaki yang sebelum ini telah tersebar luas di internet. Malah, pelakon drama Dalam Hati Ada Taman ini memberitahu bahawa foto yang tersebar itu adalah foto lamanya dan kini dia mahu membersihkan namanya dari kontroversi gambar tersebut.

“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya. Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.

“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” katanya dalam portal murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Hanez memberitahu gambar yang tersebar itu bukanlah berada dari koleksi peribadinya. Malah, dia mengaku bahawa gambar tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan kariernya.

“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini. Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya.

“Mengenai gambar ini, saya sendiri pernah bercerita dan menjelaskan segalanya kepada Awie. Saya pernah rasa kepahitan menanggung kontroversi ini. Apapun, sekarang saya dah tidak takut. Namun, ia sedikit sebanyak memberikan gangguan dalam kehidupan saya,” jelasnya.

Jelas,Hanez lagi, keluarganya juga sudah tahu tentang kisah gambarnya itu. Malah,sebelum ini pun dia tidak pernah menafikan tentang isu gambar tersebut. Sebaliknya, dia berpendapat penafian akan meleretkan lagi cerita ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.