Ini mungkin berita menggembirakan buat semua peminat sukan tanah air, tambah gembira adalah mereka yang tidak ‘berminat’ melanggan saluran televisyen berbayar. Ini kerana, mulai 1 Mei 2012 depan, semua stesen televisyen di negara ini yang mendapat hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan negara perlu berkongsi kandungan itu dengan semua stesen televisyen bebas ke udara yang tidak memperoleh hak penyiaran.

Berdasarkan laporan berita hari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, langkah itu bagi membolehkan semua kandungan sukan digemari rakyat Malaysia disiarkan secara meluas oleh stesen televisyen di negara ini tanpa dimonopoli stesen tertentu saja. Katanya lagi, sekiranya acara sukan itu tidak disiarkan oleh stesen televisyen bebas ke udara, kandungan itu seterusnya akan dikongsi stesen televisyen berbayar.

Langkah itu dilaksanakan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bertujuan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara sukan popular dan membabitkan pasukan negara. Beliau berkata, stesen televisyen boleh memilih dan menyiarkan acara sukan yang ingin disiarkannya daripada stesen televisyen yang mendapat hak penyiaran sukan itu.

Antara acara yang disenaraikan adalah :

  1. Sukan Olimpik Musim Panas
  2. Sukan Komanwel
  3. Sukan Asia
  4. Sukan Sea
  5. Sukan Malaysia
  6. Piala Thomas dan Uber
  7. Kejohanan Badminton All England
  8. BWF Super Series
  9. AFC Asian Cup
  10. Asean Football Federation Cup
  11. Fifa World Cup (separuh akhir dan akhir)
  12. English Premier League (perlawanan akhir)

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.