Senarai 10 Model Kereta Turun Harga | Akhirnya seperti yang ditunggu-tunggu akhirnya kerajaan telah mengumumkan senarai 10 buah model kereta yang telah mencatatkan penurunan harga. Kerajaan kini sedang melaksanakan secara berperingkat proses penurunan harga kereta sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Antara model kereta yang terlibat adalah jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama. Sepuluh model terbabit yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

10 model kereta turun harga jun 2013

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan. – Sumber: Utusan

p/s: Kalau yang VIVA tu rasanya dah ada dalam pakej rebet Perodua. Memang telah dilaksanakan sejak awal tahun lagi rasanya. Tapi haritu dapat rebet RM2200.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.