Ada yang setuju dan ada yang membantah kemasukan pemain naturalisasi ke dalam skuad bola sepak kebangsaan. Bagi mereka yang setuju, kehadiran pemain naturalisasi diyakini mampu menguatkan Harimau Malaya. Yang membantah pula bimbang akan kesannya kepada pemain tempatan.

Berdasarkan beberapa sumber info termasuklah BH Online, sehingga kini ada 14 pemain berdarah campuran iaitu naturalisasi bersedia untuk sertai pasukan bola sepak Malaysia. Dalam masa terdekat, pemain berdarah campuran ini mungkin akan membarisi skuad kebangsaan keseluruhannya.

Terkini, La-Vere Corbin-Ong menjadi pemain berdarah campuran yang mendapat kerakyatan Malaysia.

Dalam tempoh hanya lima tahun, Persatuan Bola Sepak Malaysia yang sebelum ini tidak membenarkan pemain naturalisasi menyertai skuad kebangsaan, kini menggalakkan kepulangan pemain yang mempunyai darah campuran Malaysia.

Di bawah peratuan FIFA, pemain perlu mempunyai pertalian darah dengan negara yang mahu diwakilinya, sama ada ibu bapa atau nenek dan datuk mereka dilahirkan di negara itu.

Sehingga kini, 14 pemain kelahiran luar negara diberikan kerakyatan tetapi kebanyakan mereka bermain di posisi tengah dan pertahanan dengan hanya Darren Lok dan Sam Somerville satu-satunya penyerang dan penjaga gol dalam senarai berkenaan.

Walaupun Cheng Hoe tidak akan membentuk pasukan yang majoritinya dibarisi pemain berdarah campuran, beliau masih boleh memanggil seberapa ramai yang dirasakan perlu bagi memperkuat Harimau Malaya.

Darren yang juga penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengetuai jentera serangan manakala rakan sepasukannya, Natxo Insa menjadi arkitek di bahagian tengah dan disokong pemain Perak, Brendan Gan serta gandingan FELDA United, Curran Ferns dan Stuart Wark.

Pertahanan pula akan dibarisi bek tengah Bangkok Glass Kiko Insa, Khair Jones dari Melaka, pemain serba boleh PKNS FC, Daniel Ting dan Matthew Davies dari Pahang serta Corbin-Ong (JDT).

Somerville (JDT) akan menjaga gawang manakala Nick Swirad (Melaka), Shazalee Ramlee (Sarawak) dan Kevin Gunter bersedia di bangku simpanan.

Dalam bayangan kesebelasan utama ini, pertahan JDT Junior Eldstal tidak disenaraikan kerana dia dilahirkan di Sabah tetapi dibesarkan di Sweden dan England.

Menerusi satu lagi sumber, harapan untuk melihat penampilan sulung Mohamadou Sumareh beraksi dengan skuad kebangsaan nampaknya semakin cerah. Namun begitu, penyerang import Pahang itu perlu menunggu sehingga 2023 sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Meskipun sudah mendapat kerakyatan Malaysia dan layak beraksi bersama skuad Harimau Malaya namun pemain kelahiran Gambia itu masih belum menepati kriteria dan peraturan yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Mengesahkan perkara terbabit, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, pemain yang bukan berdarah kacukan perlu memegang kerakyatannya untuk tempoh selama lima tahun sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam pasukan itu.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah mendapat taraf kerakyatan Malaysia April lalu dan memiliki rekod cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sejak membuat penampilan pertama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2013.

Dia juga sudah menetap di Malaysia sejak berusia 13 tahun dan memulakan karier bola sepak profesional empat tahun kemudian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.