Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tampak serius memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, 28 April 2012 ini apabila mengumumkan senarai 26 pemain dianggap terbaik, semalam.

Tanpa beberapa tonggak dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang terbabit dengan Piala AFC seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan Ashari Samsudin, pengendali berusia 56 tahun itu menyenaraikan 14 pemain yang tidak dipanggil ketika bertemu Sarawak, bulan lalu untuk latihan pusat bermula Jumaat ini.

Mereka termasuk kapten Pelita Jaya, Safee Sali, empat pemain Harimau Muda A – Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ahmad Hazwan Bakri serta dua pemain sayap berbakat dari Borneo – Ashri Chuchu (Sarawak) dan Rozaimi Abdul Rahman (Sabah). Berikut merupakan Senarai 26 Pelatih Skuad Kebangsaan bagi perlawanan Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012.

Senarai 26 pelatih Skuad Kebangsaan

PENJAGA GOL : Farizal Marlias (NS), G Jeevananthan (SEL), Sani Anuar Kamsani (SWK)

PERTAHANAN : Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Shahrom Kalam (PRK), Azmizi Azmi (KED), Helmi Remeli (PKNS), Asraruddin Putra Omar (SEL), Nizam Abu Bakar (FELDA)

TENGAH : Safiq Rahim, K Gurusamy, Bunyamin Umar (SEL), Amar Rohidan (KED), S Kunanlan, Shahurain Abu Samah (NS), Ashri Chuchu (SWK), Rozaimi Abdul Rahman (SBH), Wan Zack Haikal Wan Nor (HMA)

PENYERANG : Safee Sali (PJFC), Ahmad Hazwan Bakri (HMA), Ahmad Shakir Md Ali (NS), Azamuddin Akil (PHG), Faiz Subri (T-TEAM)

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.