Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac 2014 depan. Menurut Syabas, pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Memetik sumber BERNAMA, kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual. Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini. Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

syabas-air

Pada hari yang dijadualkan tiada bekalan air, SYABAS tidak akan menyediakan lori tangki atau tangki air statik kecuali bagi pengguna kritikal atau situasi yang sangat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, untuk kegunaan hospital, pusat dialisis dan rumah kebajikan. Manakala pada hari yang dijadual ada bekalan air, lori tangki akan dihantar bagi membantu kawasan yang mempunyai masalah pengagihan akibat tekanan rendah dan sebagainya. Perkhidmatan lori tangki bagaimanapun hanya akan disediakan atas permintaan.

Berikut adalah senarai Zon dan Kawasan yang terlibat:

WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1:

  • Taman Juara Jaya
  • Taman Bukit Belimbing
  • Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  • Taman Harmoni Indah
  • Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  • Taman Putra Budiman
  • Taman Balakong Jaya
  • Taman Seri Timah
  • Taman Tanming Jaya
  • Kawasan perindustrian Balakong
  • Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  • Taman Industri Balakong
  • Taman Tanming Permai
  • Taman Industri Lifong
  • Taman Tanming Ria
  • Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  • Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2:

  • Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  • Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  • Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  • Kampung Baru Balakong
  • Taman Kasturi Cheras
  • Taman Sri Indah Cheras
  • Taman Bukit Emas
  • Taman Cheras Jaya
  • Taman Impian Indah
  • Taman Taming Indah
  • Taman Sejati
  • Taman Seri Sungai Long
  • Taman Bukit Sungai Long
  • Rumah Kenangan Cheras
  • Taman Dutamas
  • Taman Setia Kasturi Cheras
  • AEON Cheras Selatan
  • Taman Industri Balakong Jaya
  • Taman Setia Balakong
  • Taman Sinaran
  • Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  • Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG

Zon 1:

  • Kampung Olak Lempit
  • Kampung Bukit Changgang
  • Kampung Labohan Dagang
  • Selangor Dredging
  • Taman Changgang Jaya
  • Kompleks Perabut Olak Lempit
  • RTB Bukit Changgang
  • Bandar Sri Ehsan
  • Bandar Mahkota
  • Bandar Sungai Emas
  • Taman Arked
  • Taman Ambar
  • Taman Sri Dagang
  • Taman Langat Murni
  • Taman Langat Utama
  • Taman Murnimas
  • Taman Seri Telok Datok
  • Taman Sri Cheding
  • Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2:

  • Kota Warisan
  • Warisan Bestari
  • Taman Bunga Raya
  • Taman KLIA Indah
  • Tiara Heights
  • Taman Ixora
  • Taman Dahlia
  • Taman Seroja
  • Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  • Taman Kenanga
  • Taman Desa Vista
  • Taman Desa Bestari
  • Salak Permai

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.