Rozita Che Wan Lali Dikaitkan Dengan Lelaki Muda | Memang nama Rozita Che Wan tidak pernah kering dengan kontroversi. Satu demi satu lelaki muda yang silih berganti dikaitkan dengan aktres sensasi ini membuatkan dia lali dan enggan melatah dengan gosip-gosip sedemikian. Terbaru, dramatis berusia 39 tahun ini sekali lagi dikatakan intim semula dengan bintang bola sepak kebangsaan Mohd Asrarudin Putra Omar, 24, yang pernah dikaitkan dengannya tiga tahun lalu.

Rozita berkata, gosip yang mendakwa dia gemar menjalin hubungan dengan lelaki-lelaki muda membuatkan dia sudah berasa lali dan tidak kisah untuk menghadapinya. Sebelum ini, Shahir (AF8), Zain (Saidin), lepas itu Beego dan sekarang beliau dikatakan intim dengan Asrarudin pula.

Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini berkata, gosip yang terus mengaitkan dirinya dengan golongan berkenaan berpunca daripada keterbukaannya berkawan dengan mereka. Ia timbul kerana dia banyak berkawan dengan lelaki-lelaki muda dan bujang sedangkan tiada apa-apa yang serius pun. Kalau berkawan dengan lelaki seusianya akan timbul masalah juga kerana kebanyakannya mereka sudah berumah tangga.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.