Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda A (Malaysia bawah 23 tahun) Datuk Ong Kim Swee akhirnya telah mengumumkan senarai 20 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA Myanmar. Senarai akhir itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan Pengurus Pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah, yang merupakan Naib Presiden FAM, selain barisan kejurulatihan dan doktor pasukan berkenaan.

Datuk Ong Kim Swee juga berkata, beliau terpaksa mengetepikan beberapa pemain utama, termasuk pemain sayap Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang dilanda kecederaan pangkal paha dan memerlukan tempoh rawatan antara dua hingga empat minggu.

senarai 20 pemain bagi pasukan Malaysia B-23

Senarai 20 pemain Harimau Muda A (Malaysia U23 ke Sukan SEA Myanmar:

  1. Mohd Farhan Abu Bakar
  2. Mohd Izham Tarmizi Roslan
  3. Muhammad Zubir Mohd Azmi
  4. K. Reuben, Shahrul Mohd Saad
  5. Mohd Fadhli Mohd Shas
  6. Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris
  7. Nazirul Naim Che Hashim
  8. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
  9. D. Kenny Pallraj
  10. Mohd Irfan Fazail (Kapten)
  11. Muhammad Nazmi Faiz Mansor
  12. Ashri Chuchu
  13. Mohamad Nasir Basharuddin
  14. S. Sivanesan
  15. D. Saarvindran
  16. A. Thamil Arasu
  17. Md Rozaimi Abd Rahman
  18. Ahmad Hazwan Bakri
  19. Izzaq Faris Ramlan

Diharapkan dengan barisan pemain yang ada membantu Datuk Ong Kim Swee merencanakan strategi yang menarik dan kemas untuk memastikan Pingat Emas Sukan SEA sekali lagi dalam genggaman Malaysia. Semoga berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.