Liverpool FC akan menentang skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini, 24 Julai 2015 dalam Jelajah Pra-Musim Asia 2015.

Senarai pemain pilihan Malaysia XI vs Liverpool FC 24 Julai 2015 – Pertembungan menentang Malaysia XI akan menjadi persinggahan terakhir Liverpool di Asia selepas beraksi cemerlang di Bangkok, Brisbane dan Adelaide. Perlawanan ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents International Sdn Bhd.

SENARAI PEMAIN PILIHAN MALAYSIA XI VS LIVERPOOL FC 24 JULAI 2015

The Reds kali terakhir berkunjung ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia 2011 mereka dan beraksi di hadapan 80,000 penyokong yang hadir membanjiri gelanggang yang sama. Liverpool yang ketika itu dikendalikan oleh Kenny Dalglish mencatat kemenangan 6-3 ke atas Malaysia XI.

Bagaimanapun, perlawanan pada 24 Julai ini (sepak mula jam 8:45 malam) akan menjadi sebahagian daripada catatan sejarah bola sepak negara kerana ini adalah kali kedua Liverpool FC bertandang ke bumi Malaysia dan ianya adalah perlawanan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian selama 2 tahun.

Selain pemain tengah yang juga ketua pasukan yang baru dilantik, Jordan Henderson, lima pemain baharu – Nathaniel Clyne, Joe Gomez, James Milner, Danny Ings dan penjaga gol Adam Bogdan turut menyertai jelajah ini.

Ketua jurulatih kebangsaan yang mengendalikan Malaysia XI, Dollah Salleh, telah menyenaraikan lima pemain import yang mewarnai kancah Liga Super dan Liga Premier untuk menentang Liverpool.

Mereka adalah pertahanan Terengganu, Vincent Bikana, dua pemain Perak iaitu Charles Souza Chad dan Thiago Junior Aquino serta Zah Rahan Krangar dari Felda United dan penyerang PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan di antara Liverpool FC menentang Malaysia XI adalah berharga RM58 (pelajar), RM88, RM158 dan RM228 dengan tiket VIP terhad boleh didapati pada harga RM428 dan RM328.

Kesemua tiket sudah boleh dibeli menerusi atas talian di ticketpro.com.my, hotline +603-7880-7999, cawangan Ticketpro selain cawangan New Balance dan Sports Empire.

Berikut pula adalah senarai penuh 20 pemain Pilihan Malaysia (Malaysia XI) untuk perlawanan persahabatan menentang Liverpool:

SENARAI PEMAIN PILIHAN MALAYSIA XI VS LIVERPOOL FC 24 JULAI 2015

  1. Khairul Azhan Khalid (Pah)
  2. Zamer Selamat (Prk)
  3. Razman Roslan (Pah)
  4. Afif Amirruddin (Pdrm)
  5. Yong Kuong Yong (PP)
  6. Zubir Azmi (Ter)
  7. Nazrul Naim Che Hashim(HM)
  8. Nasir Basharudin (Prk)
  9. Baddrol Bakhtiar (Ked)
  10. Azamuddin Akil (Pah)
  11. Ahmad Syamim Yahya (Fel)
  12. Joseph Kalang Tie (Sar)
  13. Christie Jayaseelan (Fel)
  14. Norshahrul Idlan Talaha (Ter)
  15. S.Kumaahran (HMB)
  16. Thiago Junior (Prk)
  17. Vincent Bikana (Ter)
  18. Zar Rahan Krangar (Fel)
  19. Charles Souza Chad (Prk)
  20. Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS)

Berdasarkan senarai diatas, adakah skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI) mampu memberikan aksi terbaik dalam perlawanan berkenaan? Sama-sama kita nantikan. [Malaysia XI vs Liverpool FC]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.