Senarai dan Keputusan Penuh Anugerah Astro Arena 2012 | Penjaga gol sensasi negara, Kharul Fahmi Che Mat turut diumumkan sebagai pemenang Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan, sementara pelumba berbasikal Nur Fatehah Mustapha memenangi bagi kategori wanita (Atlit Wanita Pilihan Berpasukan). Pemain paling muda yang membantu negara membawa pulang pingat emas Sukan Sea 2011, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Atlit Muda Pilihan dalam majlis Anugerah Astro Arena 2012 (AAA).

Pemilihan calon-calon telah dilakukan oleh Astro Arena dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia sebagai badan penasihat. Sementara pemenangnya ditentukan melalui undian online yang dibuat oleh para peminat pada 9 hingga 23 April lalu menerusi lawan sesawang www.arena.my. Ia adalah acara kedua berturut-turut dianjurkan Astro Arena dengan bertujuan memberi pengiktirafan kepada atlit kebangsaan, jurulatih serta penggiat sukan diatas dedikasi mereka dalam mengharumkan nama negara di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Astro Arena 2012 :

  • Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan – Khairul Fahmi Che Mat (Bola sepak)
  • Atlit Wanita Pilihan Berpasukan – Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
  • Atlit Muda Pilihan – Muhamad Nazmi Faiz Mansor (Bola sepak)
  • Kebangkitan Pilihan – Lee Hup Wei (Olahraga)
  • Jurulatih Pilihan – Ong Kim Swee (Bola sepak)
  • Perlawanan Pilihan – Malaysia lwn Indonesia (Acara akhir bola sepak Sukan Sea 2011
  • Blog Sukan Pilihan – SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)
  • Meja Sukan Pilihan – Harian Metro

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.