Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Kedua 2012 | Ganjaran wang tunai RM500,000 menanti juara program komedi terbesar, Maharaja Lawak Mega Musim Kedua 2012. Maharaja Lawak Mega 2012yang akan mula disiarkan secara langsung melalui Astro Warna dan pakej Mustika serta Mustika HD pada jam 10 malam 16 November 2012 ini, mengekalkan format sama.

Jika tahun lalu, juara Osbon (Abon dan Os) membawa pulang wang tunai RM350,000, kali ini johan Maharaja Lawak Mega Musim Kedua akan memenangi RM500,000. Kumpulan pelawak popular Jozan sah menyertai program realiti ini, sekali gus menjawab teka-teki kononnya mereka berpecah. Kumpulan Boboi yang disertai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik turut membuat kejutan apabila menambah anggota baru iaitu Nabil Ahmad.

Maharaja Lawak Mega Musim ke-2 juga memperkenalkan satu ‘kerusi panas’ yang akan mempertandingkan tiga kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu. Salah satu daripada mereka akan layak menyertai menyertai program ini.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega Musim Kedua 2012

Wakil Malaysia

  1. Jozan (Johan dan Zizan)
  2. Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil)
  3. PiMai (Imuda dan Mat Over)
  4. Sabon (Sathia dan Abon)
  5. Jambu (Tauke dan Yus)
  6. R2 (Rahim dan Wan Lopez)
  7. Shiro (Shahrol dan Ajak)

Wakil Indonesia

  • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
  • The Bandung Jokers (Dodon, Amin Bawel dan Aman)

Wakil Singapura

  • Dadidu (AR Badul, Johan dan Arif Sudin)

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.