Pelbagai kisah dan cerita panas melanda dunia hiburan dinegara kita sepanjang Oktober 2013. Ada antara kisah-kisah yang didedahkan cukup memeranjatkan sehingga mampu mencalar kerdibiliti artis atau selebriti terbabit. Namun begitu, tidak dinafikan juga ada berota gembira dari selebriti yang membuatkan peminat mereka tersenyum.

kisah hiburan top 5 oktober 2013

Dibawah ammboi senaraikan TOP 5 berita hangat yang menjadi perhatian peminat hiburan sepanjang bulan ini.

  1. Pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal – Berita perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan berita paling hangat diperkatakan. Setelah bermain teka-teki sama ada berkahwin atau tidak, pasangan ini akhirnya mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan status perhubungan mereka. Selain mengejutkan semua pihak yang mereka telah bernikah kira-kira setahun lalu, pasangan kontroversi ini juga mengakui sudah menimang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013.
  2. Perang Twitter Syamsul Yusof dan Sharifah Amani – Insiden ini berlaku gara-gara entri yang dimuatnaik oleh Sharifah Amani di laman Twitter miliknya. Entri yang berbunyi “Filem gua ada darah sikit dapat PG18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13. #LuMemang TailongBesar” mengundang rasa kurang senang Syamsul Yusof.  Dek kerana itu, Syamsul tampil dengan satu entri berbunyi, “Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,”. Entri yang dimuat naik oleh Shamsul ini ternyata berbaur rasa marah. Namun, pengarah KL Gangster ini  mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada mengulas lanjut kerana enggan dihubungi oleh pihak media.
  3. Rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite Goyah – Beberapa hari lalu, dunia hiburan tiba-tiba dikejutkan dengan desas-desus yang mengatakan rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite bermasalah gara gara cemburu. Berita yang dilaporkan oleh sebuah akhbar utama ini mendakwa pergaduhan tercetus di antara Adam dan Fiza kerana perbuatan Fiza yang dilihat berbual-bual dengan bekas kekasih setelah terserempak di sebuah stesen petrol. Bagaimanapun, Adam menafikan perkahwinannya bermasalah dan mengganggap apa yang berlaku adalah ujian dalam rumahtangga. Malah, dia turut memberitahu tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan terbabit.
  4. Fizo Omar Lamar Kekasih, Mawar Dalam Panggung Wayang – Pelakon kacak ini pasti membuatkan ramai peminat wanita di luar sana lebih meminatinya setelah bertindak berani melamar gadis pujaan Mawar, di sebuah pawagam pada Isnin. Usaha Fizo ini dilihat cukup romantic dan dia membuktikan kepada semua, dia kini sudah bersedia untuk berkahwin. Fizo juga boleh dikatakan mencipta sejarah kerana ini kali pertama seorang pelakon membabitkan pihak media ketika membuat kejutan untuk melamar kekasih.
  5. Pernikahan Diana Amir dan Habib – Biarpun perkahwinan pelakon di bawah pengurusan MIG ini tidak diadakan secara gilang-gemilang, tetapi ia turut mengundang bisik-bisik di kalangan peminat. Ini kerana majlis pernikahan pasangan ini didakwa ditaja sepenuhnya oleh MIG. Ada yang membuat andaian David Teo menaja majlis Diana hanya kerana cuba membuktikan pihak pengurusan MIG memberi sokongan penuh kepada artisnya yang mahu berkahwin. Adakah ini bermakna, artis-artis di bawah pengurusan MIG nanti akan mendapat tajaan yang sama?

Wah, menarik bukan? Semoga perjalanan dunia hiburan selebriti-selebriti diatas berjalan lancar dan dilimpahi rahmatNYA.. Amin


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.