Fuh, sedar tak sedar kita semakin menghampiri penghujung 2013. Cepat jer masa berlalu, dan rasa macam sekejap jer tahun 2013. Pasti semua tahu, sepanjang tahun 2013, peminat drama bersiri tempatan dihidangkan dengan pelbagai kisah suka dan duka. Malah, ada beberapa siri mencipta fenomena tersendiri. Selain kerana jalan cerita menarik, gandingan pelakon juga memainkan peranan.

Kalau pelakonnya kurang menjadi, cerita yang sepatutnya ‘best’ pun boleh jadi hampeh. Peminat boleh jadi bosan dan ‘hilang selera makan’ dibuatnya. Itulah resam dunia drama. Pihak penerbitan kena menitik beratkan mengenai gandingan pelakon utama iaitu HERO dan HEROIN untuk sesebuah drama. Mereka antara ‘key’ untuk kejayaan drama berkenaan. Menerusi portal GUA.com.my, mereka ada senaraikan 6 pasangan hero dan heroin paling menjadi bagi tahun 2013.

Aaron Aziz dan Nadiya Nisa (Adam Dan Hawa)

adam dan hawa

Siapa boleh lupa penangan drama rantaian ‘Adam dan Hawa’ yang pernah disiarkan di saluran Astro Mustika HD? Kemunculan drama yang menjadi fenomena itu memperlihatkan keserasian lakonan antara Aaron yang memegang watak sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya memegang peranan sebagai Ain Hawani? Bersiaran selama 80 episod, drama ini menjadi sebutan kerana diadaptasikan daripada novel terkemuka dengan tajuk yang sama hasil nukilan Aisya Sofea. Bersiaran dari Ogos 2012 hingga Januari 2013, ternyata drama ini menjadi fenomena kerana gandingan Aaron dan Nadiya Nisa.

Amar Asyraf dan Nelydia Senrose (Setia Hujung Nyawa)

setia hujung nyawa

Drama ‘Setia Hujung Nyawa’ melonjakkan nama kedua figura ini iaitu Nelydia Senrose dan Amar Asyraf. Disiarkan di slot Akasia TV3, drama ini menjadi kegilaan ramai kerana gandingan mantap yang ditampilkan oleh Nelydia dan Amar. Adaptasi dari novel berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ karya Fatin Nabila, drama ini berkisar mengenai Zain yang berkahwin secara tidak rela denagn Ersalina kerana kekasih Zain melarikan dii seminggu sebelum majlis perkahwinan. Ramai penonton gemarkan gandingan antara dua pelakon baru ini sehinggakan drama bersiri ini disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya tahun ini.

Shaheizy Sam dan Nur Fazura (Kisah Cinta)

kisah cinta

Biarpun mereka digosipkan mempunyai hubungan cinta kerana digandingkan bersama-sama dalam drama ‘Kisah Cinta’ untuk slot Lestary TV3, hal ini tidak memberi sebarang halangan untuk Shaheizy Sam dan Fazura untuk memberikan kolaborasi mantap untuk drama ini. Gandingan hebat Shah dan Azalea memberikan kesan terhadap penonton yang meminati drama tempatan. Keserasian antara Sam dan Fazura diteruskan di layar lebar pula apabila mereka berdua digandingkan dalam filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’.

Izzue Islam dan Tiz Zaqyah (Sebenarnya Saya Isteri Dia)

sebenarnya saya isteri dia

Sebenarnya Saya Isteri Dia’ merupakan drama bersiri slot Zehra TV3 yang menggandingkan dua pelakon ini. Drama bersiri yang menjadi fenomena ini memperlihatkan keserasian lakonan antara Izzue Islam dan juga Tiz Zaqyah. Diadaptasikan dari novel judul yang sama hasil tulisan Zura Asyfar, watak Firash Arshad dan Syafa Aqira begitu digilai penonton. Baru-baru ini, di malam Anugerah Skrin 2013, drama bersiri ini menggondol Anugerah Khas kerana memberikan impak mendalam dan menjadi fenomena baru kepada penonton televisyen di Malaysia.

Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose (Cinta Jannah)

cinta jannah

Drama bersiri ‘Cinta Jannah’ mempertemukan keserasian lakonan antara Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose. Gandingan mereka di kaca televisyen kelihatan sangat serasi dalam membawakan watak sebagai Izaryl dan juga Jannah. Disaat semua orang dilanda dengan demam drama adaptasi, drama bersiri ini berjaya menerima tontonan yang tinggi walaupun drama ini tidak diadaptasikan dari mana-mana novel. Berjaya mengumpul peminat sendiri, ramai yang menantikan gandingan Nelydia dan juga Aeril untuk projek akan datang.

Azlee Khairi dan Zara Zya (Love You Mr. Arrogant)

love u mr arrogant

Mencipta rekod tersendiri dengan menjadi ‘trending’ hampir setiap hari di laman Twitter, drama bersiri yang diadaptasikan dari novel judul sama, ‘Love You Mr. Arrogant’ memperlihatkan gandingan mantap antara Azlee Khairi dan Zara Zya. Sebelum drama ini disiarkan, ramai peminat novel ini mempertikaikan gandingan Azlee dan Zara dalam mebawakan watak sebagai Zafriel Irham dan Zaraa Amira. Selepas sahaja drama ini disiarkan, ternyata telahan mereka tersasar jauh kerana bakat lakonan yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon ini menambat hati penggemar drama bersiri slot Akasia TV3 ini. Kerana drama bersiri ini juga, nama Zara dan Azlee semakin dikenali ramai. Mereka memperlihatkan lakonan mantap dan keserasian mereka begitu menyerlah dalam drama ini, sehinggakan ramai peminat mahukan mereka betul-betul bercinta di dunia nyata!

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Ok, berdasarkan senarai diatas ada dua drama popular membabitkan pelakon wanita yang sama iaitu, Nelydia Senrose. Boleh dikatakan Nelydia antara pelakon wanita yang menjadi kegemaran penonton dan lakonan beliau juga mendapat perhatian ramai. Kira berkesan lah pada pandangan dan hati mereka. Bagi ammboi Nelydia layak untuk diangkat antara heroin terbaik untuk tahun 2013. Manakala drama pilihan ammboi adalah Setia Hujung Nyawa. Anda pula bagaimana?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.