Serangan Di Lahad Datu Demi Menjaga Maruah Dan Kedaulatan Negara – PM | Nampaknya serangan besar-besaran telah dilancarkan bagi menyingkirkan penceroboh (tentera Sultan Sulu) dari bumi Sabah. Sebelum ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan pintu rundingan dengan penceroboh berkenaan telah tertutup selepas meragut 8 nyawa anggota Polis Malaysia.

Menerusi laporan BH Online hari ini, pasukan keselamatan pada jam 7 pagi tadi melancarkan serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ke atas penceroboh kumpulan bersenjata demi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana dituntut oleh rakyat Malaysia. Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam kenyataan penuh Perdana Menteri susulan serangan di Lahad Datu, sebentar tadi.

serangan-lahad-datu-sabah

Berdasarkan beberapa sumber, pasukan keselamatan negara juga dikatakan menggunakan jet pejuang untuk melancarkan serangan dengan mengebom lokasi lokasi yang mana dipercayai tempat persembunyian penceroboh.

jet pejuang malaysia serang lahad datu

p/s : Doakan yang terbaik buat pasukan keselamatan negara (ATM dan PDRM)…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.