Banyak Pengalaman Baru | Pengalaman menjalani ibadat berpuasa buat pertama kali sebagai seorang suami memberikan keseronokan luar biasa bagi pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari (Awal). Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, berkata, keseronokan yang dialami sejak awal Ramadan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana hampir setiap hari dia akan ditemani isterinya aktres Scha Al-Yahya untuk bersahur dan berbuka.

“Seronok sangat apabila ada teman yang sentiasa berada di sini pada hampir setiap hari. Saya dan isteri akan pastikan kami berbuka bersama jika tiada komitmen kerja. Walaupun ini adalah tahun pertama kami menyambut puasa bersama, segalanya berjalan dengan baik kerana sistem tolak-ansur dan diplomatik yang kami amalkan,” katanya dalam portal mStar Online.

Katanya, kedatangan Ramadan turut mendedahkannya kepada pengalaman baru mengenai cara berbuka dan bersahur yang lazim diamalkan keluarga mertuanya.

“Saya belajar perkara baru mengenai cara berbuka dan bersahur. Jika selama ini, saya dan keluarga tidak mengambil nasi atau makanan berat untuk berbuka tetapi ia bertentangan dengan keluarga Scha. Pada mulanya, saya terkejut juga apabila melihat lauk-pauk yang banyak di atas meja ketika kami berbuka bersama tetapi lama-kelamaan saya mula menyesuaikan diri. Apa-apa pun, saya dan Scha menjalani Ramadan secara sederhana dan ringkas,” kongsinya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.