Filem Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad. Ibarat anugerah buat filem “Ombak Rindu”. Itulah yang disifatkan Osman Ali apabila filem arahannya diabadikan dalam bentuk setem oleh POS Malaysia.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan. Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman kepada pemberita selepas melancarkan koleksi edisi terhad Setemku itu di sini hari ini.

Filem ini catatkan kutipan hebat apabila ia mengumpul lebih RM10juta di pawagam, oleh itu filem ini dipilih oleh POS Malaysia untuk diabadikan dalam bentuk setem sebagai tanda peringatan kepada peminat. Dalam pada itu, POS Malaysia juga bercadang meneruskan usaha ini kepada cabang seni lain dalam merancakkan semula budaya mengumpul setem di kalangan masyarakat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.