Sesekali baca info macam ni rasa nak tergelak jugak. Namun inilah yang wajar dilakukan. Sebagai pengajaran kepada mereka yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Semalam, media online melaporkan Mahkamah di India mengeluarkan saman kepada aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan atas kesalahan merokok di tempat awam ketika berada di Stadium Sawai Man Singh semasa perlawanan Indian Premier League, 8 April 2012 yang lalu.

Bintang terkenal itu melakukan kesalahan tersebut semasa menonton perlawanan antara Rajasthan Royals dan Kolkata Knights Riders. Shah Rukh Khan perlu menghadirkan diri ke mahkamah pada 26 Mei 2012 ini bagi melaksanakan perbicaraan.

Sumber Gambar


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.