Shaheizy Sam Akui Rapat Dengan Syatilla Melvin | Shaheizy Sam berkata sikap memahami yang dimiliki pelakon baru Syatilla Melvin terhadap dirinya merupakan faktor utama mereka menjadi rapat sejak lebih setahun lalu. Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, berkata, walaupun dia berasa selesa dengan sikap aktres berusia 21 tahun itu, ia masih terlalu awal untuk dia memikirkan secara serius mengenai hubungan tersebut.

“Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan. Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal. Saya tidak suka mendedahkan kisah peribadi. Tiada apa yang menarik pun mengenai hal peribadi saya. Sebab itu dari dulu lagi saya selesa menyendiri dan tidak banyak bercerita mengenai urusan peribadi termasuk soal cinta,” katanya dalam akhbar mStar Online.

Ditanya sejauh mana kesahihan dakwaan kononnya dia sudah menemui keluarga finalis Dewi Remaja 2010 itu, Sam berkata, dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana banyak hati yang perlu dijaga.

“Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapatnya hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan. Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih manis jika saya tidak bercakap lebih lanjut,” jelasnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.