Shahrizal Jaszle Bakal Bertunang Tidak Lama Lagi | Khabar terbaru mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle, beliau dikatakan sudah pun merisik bakal tunangnya, Redzwani Putri. Melihatkan badan Shahrizal yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini, jejaka ini mengakui sedang gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Shahrizal Jaszle mengakui perhubungan yang terjalin atas dasar kawan rapat itu semakin baik, Shahrizal sebenarnya sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Bakal tunangnya itu pula merupakan pelajar perubatan Management Science University (MSU).

“Kalai ikutkan perancangan kami, memang nak kahwin juga tahun ini. Cumanya, keluarga dia nak kami ikut adat seperti merisik dan bertunang sebab dia anak bongsu. Mak dia dengan mak saya rapat jadi tak ada masalah untuk kami berkomunikasi bab-bab sebegini “, jelas Shahrizal dalam portal gua.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.