Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri Bertunang Lepas Raya | Dek kerana sering dihambat isu sensasi, pelakon Shahrizal Jaszle, 24, mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Redzwani Puteri, 24, selepas sambutan hari raya Aidilfitri ini. Katanya dia dan keluarga kedua-dua belah pihak belum menetapkan tarikh sebenar majlis pertunangan namun dia mahu melangsungkan majlis itu secepat mungkin.

Pada mulanya dia dan kekasihnya itu merancang untuk berkahwin pada tahun ini tapi keluarga Redzwani mahu dia mengikut adat dan peringkat sebelum ke gerbang perkahwinan memandangkan dia merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Majlis merisik telah selamat diadakan pada pertengahan Julai lalu yang hanya dihadiri keluarga terdekat. Tambah Shahrizal, dia juga kini bersedia untuk memikul beban hidup berumah tangga.

“Sudah sampai seru untuk saya berkahwin. Yang sebenarnya saya tidak pernah merancang pun, malah hubungan yang terjalin antara kami sebenarnya telah lama kerana dia kawan baik saya. Setahun mengenalinya dan kami tidak pernah bercinta. Dia tahu semua kisah mengenai saya sama ada yang baik mahupun buruk. Dia tahu saya bukan seorang kaki perempuan dan saya tidak sorok apa-apa daripadanya,” ujarnya mengenai prinsip kejujuran.

Redzwani Puteri merupakan penuntut tahun akhir ijazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Gadis itu pernah dikaitkan sebagai punca perpisahan Shahrizal dan pelakon sensasi Miera Liyana.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.