Shahrizal Jazle Tangguh Nikah Pada 2015 | Ini pula berkenaan berita perkahwinan pelakon, Shahrizal Jazle, 25. Menurut laporan sebuah portal berita, Shahrizal memberitahu dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redwani Puteri,25, sehingga tahun 2015.

Kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, ia berikutan permintaan kedua ibu bapa Redwani yang mahu wanita itu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.

shahrizal jaszle dan redzwani putri

“Ya… kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu. Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga,” ujarnya yang menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.” Jelasnya dalam laporan mStar Online.

Katanya lagi, walaupun perkahwinan dua tahun lagi tetapi mereka telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis tersebut. Tempat persandingan dengan tema perkahwinan dalam taman akan menjadi pilihannya dan Redwani. Lokasinya pula di Hulu Langat.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.