Sebelum ini Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro pernah menafikan ada pergaduhan atau perselisihan faham antara mereka. Ketika itu, kedua-duanya menyatakan tiada konflik berlaku seperti didakwa kerana hubungan mereka akrab seperti biasa.

BACA DISINI: PENJELASAN SHAHROL SHIRO DAN JEP SEPAHTU ISU GADUH DAN BERTUMBUK?

Bagaimanapun menerusi laporan berita Harian Metro hari ini, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 30, mengakui bahawa memang tercetus perang dingin antaranya dengan Jep Sepahtu. Menurut Shahrol, Jep menjauhkan diri tanpa sebab sejak beberapa minggu lalu, sekaligus menimbulkan kekeliruan dan rasa bersalah di dalam dirinya. Shahrol turut mengesahkan desas-desus mengatakan dirinya dipulaukan sebahagian pelawak lain dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 berpunca daripada konflik itu.

shahrol shiro dan jep sepahtu

“Kalau saya ada silap, beritahu apa silapnya. Janganlah (bersikap) dingin macam itu. Terus-terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu.Tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali. Sudah tiga, empat kali saya datang kepadanya dan meminta maaf. Saya hendak tahu dan bertanya kalau saya ada buat salah, tetapi dia mengelak dan dingin saja,” katanya.

Menurut sumber, perang dingin itu semakin ketara apabila mereka menjauhkan diri dan mengelak daripada bertemu satu sama lain. Dalam laporan sebelum ini, kedua-dua kumpulan itu didakwa berselisih faham sehingga berbalah di belakang pentas, namun kedua-duanya menafikan desas-desus terbabit. Shahrol berkata, dia juga kesal apabila konflik dingin itu merebak dipercayai berpunca daripada sikap Jep yang menjaja cerita kepada rakan pelawak lain.

“Bagi saya, tidak elok bila dia berdiam diri dan memulaukan saya macam itu saja. Bila jumpa, dia mengelak macam sudah menyampah sangat tengok muka saya sedangkan kita boleh bersemuka dan berbincang. Sebaliknya dia jaja cerita dan mempengaruhi orang (pelawak) lain. Baru-baru ini, secara tiba-tiba dia tidak mengikuti saya di Instagram sedangkan kami mengikuti akaun satu sama lain sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap konflik itu dapat dipulihkan semula kerana mereka mempunyai hubungan rapat sebelum ini.

“Kalau dia fikir saya pesaing sampai nak jadikan musuh, benda itu tak patut timbul sebab saya junior dalam bidang ini. Buntu juga jadinya dan tidak tahu macam mana hendak pulihkan keadaan kalau dia terus mengelak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrol dan rakan kumpulannya, Ajak bakal merakamkan semula lagu lama, Bintang Malam Ini, nyanyian asal penyanyi 1970-an, A Razak dalam masa terdekat.

“Lagu ini akan kami rakamkan semula dengan nafas baru dan menariknya kami akan berduet dengan Datuk Yusof Haslam. Kami dapat idea ini bila Datuk Yusof menyanyikan serangkap lagu itu dalam MLM2013 beberapa minggu lalu. Bila kami ajak (berduet), dia berminat dan bersetuju,” katanya.

p/s: Kan baik kalau bekerjasama. Sebab dunia hiburan ni bukannya boleh kekal lama pun. Bersama-samalah memanfaatkannya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.