Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri Belum Putus Tunang | Boleh jadi pening dan keliru dengan kontroversi yang melanda pelakon, Shahz Jaszle dan tunangnya Redzwani Puteri. Isu Shahz Jaszle terus hangat diperkatakan dan paling menyedihkan adalah pertengkaran antara Shahz Jaszle dengan pasangan khalwatnya di Bangsar apabila Redzwani Puteri dikatakan sudah memutuskan ikatan pertunangan ekoran tidak tahan dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun dalam laporan terbaru yang disiarkan dalam Media Hiburan, ibu kepada pelakon Shahz Jaszle, Zaleha tampil menafikan laporan sebelum ini yang mendakwa anaknya sudah putus tunang bersama Redzwani Puteri. Zaleha menjelaskan status pertunangan Shahz dan Redzwani adalah bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.

pertunangan shahz jaszle dan redzwani puteri

“Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal. Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan,” kata Zaleha yang turut meluahkan rasa bangga terhadap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anaknya sepanjang kontroversi ini.

Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat. Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing,” jelasnya.

p/s: Dalam kes ini, ammboi bukannya nak sebelahkan sesiapa. Cuma pendapat peribadi ammboi, jangan cepat jatuhkan hukuman selagi seseorang belum dibuktikan bersalah. Harap mereka yang terlibat banyakkan bersabar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.