Sham Kamikaze Tegur Pencaci dan Pemaki Ekoran Isu Permohonan Cerai Isterinya | Sebelum ini hebah dalam media sosial dan sebagainya isteri Sham Kamikaze telah mengesahkan pemfailan perceraian pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas empat tahun mendirikan rumahtangga dengan pendakwah bebas tersebut.

Bagaimanapun, Farazila Abdul Jabar, 31, menafikan keputusannya untuk bercerai berpunca dari ura-ura mengatakan Sham telah berkahwin lagi dengan Nurul Halimin Md Salleh, 32, pada 16 Januari lalu. Dia menjelaskan ia timbul dari “sikap tidak bertanggungjawab” Sham dalam urusan rumah tangga.

Ekoran daripada laporan tersebut, Sham telah ke Facebooknya meminta agar “jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas.” Sebaliknya “bersabarlah menunggu kenyataan rasmi daripada saya kelak Insya Allah.” Untuk membaca luahan Sham Kamikaze di Facebook, di sini ammboi siarkan beberapa  ‘screencap’ catatannya yang ammboi petik dari laman gua.com.my.

Jadi, diharap semua dapat bersabar. Mungkin ada penjelasan dari pihak Sham Kamikaze pula berkenaan isu permohonan cerai isternya. Tak adillah kalau kita dengar dari sebelah pihak sahaja. Beri Sham peluang dan sebagaimana yang dia katakan, segalanya akan terjawab selepas ini. Sama-sama kita nantikan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.