Sharnaaz Ahmad Batal Hasrat Risik Shila Amzah | Ketegangan yang semakin ketara dapat kita lihat mengenai hubungan Sharnaaz Ahmad dengan bapa kekasihnya, Shila Amzah, ND Lala membuatkan pelakon itu membatalkan hasratnya untuk menghantar rombongan merisik sebagaimana yang Sharnaaz umumkan sebelum ini. Sharnaaz juga menjelaskan dia tidak mahu memikirkan sangat soal ini dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja.

Memerik laporan Sinar Harian Online,Sharnaaz telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat berbeza dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Sharnaaz-Ahmad_disaman

“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya. Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.