Sharnaaz Ahmad Mahu Lupakan Shila Amzah? | Kontroversi demi kontroversi melanda hubungan cinta antara mereka. Mulanya kes cemburu dek gandingan Shila dengan penyanyi lelaki lain dalam satu acara anugerah. Kemudian, Sharnaaz bertindak melamar Shila menerusi laman Twitter. Bagaimanapun hasrat Sharnaaz itu telah dihalang bapa Shila, ND Lala. Kemudian krisis antara ND Lala dan Sharnaaz berterusan. Sehinggalah ND Lala menempelak Sharnaaz sebagai ‘biadap’.

Krisis antara ND Lala dan Sharnaaz berterusan kerana kenyataan Sharnaaz mahu meneruskan hasratnya untuk merisik Shila pada Mac ini walaupun mendapat tentangan dari ND Lala sendiri. Kemudian, Shila pula menghilangkan diri kononnya mahu menenangkan hatinya lalu memuatnaik video luahan hatinya berserta alunan lagu ombak rindu. <— ramai komen ini semua ‘poyo’.

Sharnaaz-Ahmad_disaman

Terbaru, Sharnaaz Ahmad menjelaskan dalam akhbar Utusan Online, bahawa dia sudah berpatah arang dan mahu melupakan terus kisah cintanya dengan penyanyi Shila Amzah. Sharnaaz juga tidak mahu lagi dikaitkan dengan keluarga bekas kekasihnya itu selepas ini. Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.

Bagaimanapun penjelasan dari Shila Amzah masih belum diterima kerana dihalang oleh bapanya dari memberi kenyataan kepada pihak media berhubung kontroversinya bersama Sharnaaz Ahmad. ND Lala juga berkata pihaknya ada buat sidang media dalam masa terdekat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.